Assalammualaikum
Ada sesiapa pembaca blog saya yang suka tengok permandangan di sekelilingnya seperti pokok-pokok menghijau,bukit-bukau,hutan rimba ataupun air terjun.Sebenarnya saya memang suka tengok permandangan di mana-mana sahaja walaupun saya hanya tengok permandangan indah yang telah dicipta oleh Allah S.W.T. saya pernah dikatakan sebagai orang gila tengok permandangan yang langsung tidak cantik tapi bagi saya semua permandangan cantik kecuali tempat pembungan sampah,tong sampah dan air kotor serta tempat yang kotor sekiranya tempat itu tenang,cantik,bersih saya akan renung-renung lama-lama seolah-olah sedang merenung muka seseorang.Permandangan memang cukup penting dalam hidup saya kerana permandangan saya boleh merenung muka seseorang mahupun mak saya,ayah saya,adik saya,tok saya,atau sesiapa yang rasa dia ada hubungan dengan saya,saya akan terbayang wajahnya di awan sana tanpa dia disisi.
Cantik tak ciptaan Allah S.W.T. cantikkan seandainya saya dapat ke sana bertapa untung nya saya sebagai seorang manusia yang dapat lihat ciptaan Allah S.W.T. yang cantik ni......Begitu tenangnya suasana di sana seakan-akan di syurga jadi bayangkan kalau di dunia kita boleh dikatakan cantik seakan-akan di syurga tetapi di syurga lagi menarik dari semua ini bertapa hebatnya kuasa Allah S.W.T.
Tengoklah ikan-ikan yang besar tu memang sungguh menarik,....
Lihat kawasan gunung-ganang yang dipenuhi oleh bunga-bungaan yang berwarna pnk dan purple memang sungguh menari Masyaallah hebatnya kuasa Allah dan tiada siapa yang dapat menandingi kuasanya.
Lihat kawasan yang berbentuk hati itu bermakna setiap manusia berhak mempnyai perasaan cinta tapi jangan terlalu seronok dengan perasaan itu sehinggan membawa kesan yang negatif kepada seseorang.
Jadi jangan terlalu mencintai seorang kerana akhirnya kita akan membencinya dan jangan kita terlalu membencikan seseorang kerana akhirnya kita akan mencintainya kecuali mencintai Allah S.W.T. kerana
Cinta kepada pokok,pokok akan layu
Cinta kepada benda,benda akan rosak
Cinta kepada manusia,manusia akan mati
Cinta pada Allah tidak akan pernah hilang ataupun mati
No comments:
Post a Comment