As'salam
Hari Ahad yang lalu saya dan keluarga pergi sempadan untuk membeli barang-barang dapur.Sebenarnya saya nak post cerita dan gambar ni pada hari Isnin (kelmarin) tetapi disebabkan saya ada banyak kerja sekolah jadi tak sempat nak post.Hari Ahad cuaca di Siam memang panas sepanas-panasnya.Saya dan keluarga singgah ke Padang City iaitu tempat membeli-belah tetapi disana kebanyakkannya menjual barang-barang dapur seperti besen,belanga,periuk,senduk, dan lain-lain.Kalau nak sembang fasal harga memang kat sana murah contohnya tray jenama yang sama (Crocidile) kat Malaysia tray tu harga RM22 kalau kat Siam 140 Baht = RM14 murahkan?Kami borong sakan sampai dua troli hahaha......tapi saya terlupa nak ambil gambar pasar raya tu......
Lepas tu kami pi cari tempat makan yang halal tapi payah nak jumpa sampai berapa kali kami pusing barulah nampak satu warung ni dia jual Kuey Teow Sup,Laksa Kuah Lemak,Bihun sup dan Mi sup.Jadi saya mintak Kuey Teow padahal saya ni bukannya suka makan Kuey Teow tapi tiba-tiba jadi teringin plak.
Nampak tak bebola tu oh bebola tu memang sedap sehingga menjilat jari.....Ni air teh ais saya tapi saya minum tak habis sebab keadaan di sana panas dan saya tak boleh minum minuman manis banyak sangat kalau tidak mudah sakit tekak.Walaupun saya tak minum manis sebaik sampai rumah saya dah mula sakit tekak dan hari ni kesannya lebih teruk sesesampai rumah (balik sekolah) saya batuk sampai tak henti-henti.
Ni gambar Kuey Teow sup mak saya .........tak dak bebola.
Lepas dah kenyang makan kami beli cucur cempedak pulak tak jauh kat depan kedai tu saja.Cucur cempedak dia memang sedap,wangi dan yang paling penting rangup.
Nampak tak ada daun pandan tu yang wangi tu....mereka goreng sekali dengan daun pandanCucur cempedak pandan yang ranggup......
Rangupnyer...... harap-harap saya boleh rasa cucur tu lagi.
Ok cukuplah sampai di sini saya nak study jap
Bye As'salam semua :)
No comments:
Post a Comment